Announcement! (3-12-2020)

Kepada semua Syarikat Pendaftar,

 

Berikut adalah pemakluman berkaitan Borang N-PS.1 yang perlu dihantar pada Lembaga Racun Makhluk Perosak bagi tujuan pendaftaran semula:

 

1) Borang N-PS.1 perlu dihantar tidak kurang dari satu (1) bulan sebelum syarikat datang membuat permohonan pendaftaran semula secara rasmi;

2) Syarikat disarankan supaya menghantar Borang N-PS.1 lebih awal pada Lembaga untuk memudahkan urusan pentadbiran dan penyelarasan; dan

3) Borang N-PS.1 hanya diterima melalui serahan tangan di Kaunter OSCAR atau melalui pos sahaja. Penghantaran secara emel tidak diterima.

 

Catatan:

Permohonan pendaftaran semula hendaklah dihantar dalam tempoh satu (1) tahun hingga enam (6) bulan sebelum tarikh tamat tempoh pendaftaran produk tersebut. Permohonan pendaftaran semula yang dihantar kurang dari enam (6) bulan tidak akan diterima dan tiada rayuan dibenarkan, dan syarikat perlu membuat pendaftaran baru mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh Lembaga (Rujuk Pekeliling SP.LRMP.Bil.7/2020 bertarikh 16 Julai 2020).

Back