ANNOUNCEMENT (21-1-2021)

PERINGATAN KALI PERTAMA

Tarikh: 21/1/2021 (Khamis)

 

PERKARA: JAWAPAN QUERY DARI SYARIKAT BAGI PRODUK PENDAFTARAN SEMULA (KELULUSAN INTERIM)

 

Kepada semua Syarikat Pendaftar RMP,

 

Setelah dinilai dan disemak, pihak Lembaga mendapati masih ada syarikat yang belum menyelesaikan _query_ pada produk-produk pendaftaran semula yang telah mendapat kelulusan interim (di bawah Pakej Rangsangan Pendaftaran Semula Akibat Pandemik Covid-19).  

 

Sehubungan dengan itu sebagai peringatan, syarikat perlu menghantar jawapan-jawapan query kepada pihak Lembaga dengan kadar segera untuk proses seterusnya. Perlu diingatkan, jika produk pendaftaran semula yang tertakluk di bawah kelulusan interim ini tidak selesai segala urusan query, label dan bayaran menjelang 30 Jun 2021, pendaftaran semula produk tersebut akan dihentikan dan syarikat perlu membuat pendaftaran baru mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh Lembaga (Rujuk Pekeliling SP.LRMP.Bil.7/2020 bertarikh 16 Julai 2020). Tiada rayuan dibenarkan.

 

Sekian dimaklumkan untuk perhatian dan tindakan semua.

 

Terima kasih.

 

ROHAYA MAT NOR

Ketua Unit Dokumentasi dan Penyelarasan

BKRPB Kuala Lumpur

Back